Ahad, 26 Disember 2010

Membangkitkan Kelesuan.. ( Muhasabah ) by Abu Hanifah on Sunday, 26 December 2010 at 21:09


Ayuh! Bangkitkan semangat mu!!

Pernahkah anda dilanda kelesuan, kepenatan dan keletihan yang melemahkan jiwa.
 Malah, ia melunturkan semangat yang membara dan berkobar-kobar.
 Jika dahulunya, kehidupan ini dilalui dengan keazaman yang tinggi, dihiasi dengan ruh himmah yang bersemangat dan tekad yang tidak kenal penat dan lelah. Namun, kini ia semakin pudar dan luntur dibawa arus masa dan zaman.
 Ujian diterima bertimpa-timpa. Mehnah, dugaan dan cabaran mengundang kedukaan dan kelemahan jiwa. Ketika itu, hati diselubungi kelesuan dan keletihan yang tiada kesudahan
  
“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.
  
Persoalan yang bermain di minda
 Ke mana perginya semangat itu? Kehilangan yang sangat memeritkan dan membuatkan kita tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya telah berlaku kepada diri kita?

Terbayang dibenak fikiran, segala kisah-kisah lalu yang kita laluinya dengan kerja-kerja yang besar yang dilaksanakan dengan tekad kesungguhan yang menyeronokan dan membahagiakan.
 Diri ini terus terpinga-pinga dengan keadaan diri. Kenapa ini boleh berlaku?

Semangatku, kenapa engkau lesu tidak bermaya?
 Jiwaku, kemanakah dirimu yang sentiasa “besar” dengan cita-cita dan impian yang menggunung?
 Kenapa, hal ini berlaku di saat, aku benar-benar memerlukan mu.?


Mencari Jawapan yang nyata
 Wahai empunya diri, tahukah engkau bahawa semangat, tekad dan keazaman itu semakin pudar dari dirimu secara beransur-ansur. Ia hilang sedikit demi sedikit. Malah, puncanya bermula dari perkara yang engkau sendiri tidak sedari.

Wahai diri, kecekalan mu akan pudar jika dirimu jauh daripada RabbMu. Ia akan tersinar apabila hatimu tidak bersih sebersih fitrahmu.
 Carilah dirimu, di dalam sanubari kecilmu tanpa memandang kepada sesiapa. Dirimu memerlukan kekuatan yang akan menguatkan hati dan tekadmu. Lihatlah hatimu itu sedalam-dalamnya. Ternyata akan ditemui jawapan yang selama ini engkau ternanti-nanti.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” ( Surah As-Saff ayat 12)

Pujilah hati dan hiburkanlah dengan kalam Ilahi.
 Bangkitkan semangatmu dengan mengenal diri
 Didiklah hati dengan menyakini janji Rabbi
 Agar dirimu yang suram itu kembali berseri!!

BroHamzah

Sabtu, 25 Disember 2010

Apa Itu "Muslim" ? by Abu Hanifah


Sudah menjadi suatu perkara biasa di dalam perbualan kita seharian, tua muda seringkali menyebut-nyebut kalimah “Muslim” tetapi amat sedikit pula dikalangan mereka yang benar-benar mengerti dasar maknanya… Disebabkan kerap sangat disebut-sebut orang, hinggakan yang memperkatakan tentang “Muslim” sendiri pun masih mengenalinya secara samar-samar sahaja, apahal pula yang mendengar …Akan tetapi, pengertian “Muslim” secara detail lagi mendalam, golongan cerdik pandai pun tidak kesemuanya yang memahami, apatah lagi orang-orang yang masih jahil.

Sebagai contoh, cuba kita lihat kalimah “al-Islam” dan “al-Muslim”. Kita sering menyebut-nyebut dua kalimah ini, bak kata pepatah sudah menjadi buah mulut kita semua. Akan tetapi ada pula dikalangan orang-orang yang selalu melaung-laungkan dua kalimah ini, mereka sendiri pun nampaknya masih samar-samar di dalam memahami konsep makna keduanya. Apatah lagi yang mendengar, bagaikan jauh panggang dari api !

Andainya angka bilangan orang-orang Islam 95% atau lebih dan semuanya mendakwa bahawa diri mereka Muslimin dan menganggap “al-Islam” sebagai agama mereka namun tidak pula keseluruhannya benar-benar faham apa itu “Muslim”dan apakah dia “Islam”.Maka marilah sekarang kita cuba luangkan masa untuk menyelidiki akan makna dua kalimah tadi.


Apabila kamu lihat kepada akidah dan amalan manusia semua, maka bolehlah kamu kategorikan keadaan mereka itu kepada tiga golongan mengikut kebiasaan :

Golongan pertama :

Iaitu golongan yang menyuarakan dengan lantang bahawa mereka bebas berideologi dengan sebarang ideologi dan bebas membuat sebarang tindakan. Semua amalan dan perbuatan kumpulan ini bersandarkan kepada pemikiran mereka sendiri. Apa yang lahir hasil dari perahan otak mereka,maka itulah merupakan jalan untuk mereka bertindak. Golongan ini jangankan hendak mengikut mana-mana agama, malahan beriman dengan sebarang agama pun tidak …..!

Golongan kedua :

Golongan inilah yang dikatakan beragama secara zahir. Hakikat sebenar mereka ini juga masih berpedomankan idea mereka sendiri. Golongan ini jangankan hendak menjadikan akidah dan syariat sebagai perundangan hidup mereka, malahan mereka mengeksploitasi pula untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka lakukan sekehendak hati mereka, selepas itu mereka cuba mendakwa bahawa apa yang telah mereka lakukan itu sesuai dengan suruhan agama, malahan agamalah yang mengikut telunjuk dan hawa nafsu mereka…!

Golongan ketiga :

Golongan ini termasuklah orang-orang yang tidak lagi mahu menggunakan fikiran, seolah-olah otak mereka sudah beku, tidak lagi dapat berfikir. Golongan ini semata-mata menjadi Pak Turut. Tidak menjadi soal lah samada datuk nenek mereka kah yang mereka ikuti ataupun orang-orang yang semasa dengan mereka.


Golongan pertama tadi bermati-matian memperjuangkan kebebasan, hinggakan tidak tahu lagi landasan yang sebenar. Memang boleh seseorang itu berfikir dengan bebas dengan mengikut landasan atau garisan yang dibolehkan tetapi sekiranya kebebasan yang sampai melewati batasan sudah pasti kebebasan itu bertukar dan membawa kepada kesesatan.

Bagi golongan yang kedua, situasi mereka ini lebih buruk jika dibandingkan dengan golongan yang pertama. Andai tadi golongan yang pertama semata-mata sesat, tetapi golongan kedua bukan sekadar mereka sahaja yang sesat, malahan merekalah yang bersikap pembohong munafik pula. Umpama kata pepatah ‘Pepat di luar rencong di dalam’.

Golongan ketiga ialah golongan yang teralu promitif dan pasif dari segi pemikirannya berbanding dengan dua golongan tadi.Kesalahan dua golongan diatas adalah disebabkan mereka membebankan pemikiran mereka melebihi dari kemampuan otak mereka sendiri. Akan tetapi kesalahan golongan ketiga ini pula ialah mereka tidak mahu langsung menggunakan pemikiran mereka, malahan kumpulan ini berfikir atau tidak berfikir adalah sama sahaja.

“Al-Islam” ertinya – tunduk dan taat setia dengan rela. Orang yang dengan rela hati percaya segala suruhan dan larangan Allah swt dialah yang dikatakan seorang muslim.

Dengan pengertian ini, bererti manusia diutuskan ke atas muka bumi ini hanyalah untuk mengikuti segala suruhan Allah dan Rasul-Nya. Manusia tidak boleh hanya berpandukan akal fikiran semata-mata. Semua undang-undang Allah swt tidak boleh diabai-abaikan, umpanya diambil hukum-hakam yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu sahaja dan ditinggalkan mana-mana yang tidak disenangi. Manusia-manusia yang seiring dengan mereka ataupun yag sudah berkubur mereka ikuti,sedangkan Al-Quran dan sunnah Nabi saw mereka ketepikan.

Rabu, 22 Disember 2010

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….


Assalamulaikum wbt.
Ingin berkongsi satu forwarded emel yg saya dpt. Boleh menjadi satu tazkirah (peringatan) yg baik utk kita yg sentiasa berada di 'zon selesa'. Mungkin ada yg pernah baca, tapi anggaplah ini sbg peringatan kedua.

 Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…


ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ....