Khamis, 23 Jun 2011

Antara DULU dan KINI


JAHILIYYAH DAHULU

Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, Mana-mana lelaki yang ingin malakukannya seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana yang disukainya...

JAHILIYYAH MODEN

Usahkan rumah, kini, bilik hotel, kelab malam, Pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan HARAM.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
AHILIYYAH DAHULU

Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah, tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.

JAHILIYYAH MODEN

Tidak hairan lah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga, seks bebas & zina akan menjdi amalan mereka. Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina, iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata sedangkan  ia tidak akan pernah kenyang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

JAHILIYYAH DAHULU

Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki-lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.

JAHILIYYAH MODEN

Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan, bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti  "sampah".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelaslah bahawa Jahiliyyah moden adalah lebih ekstrim impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan Jahiliyyah dahulu (sebelum kedatangan ISLAM) . Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada menusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri. Namun malangnya, kini wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara SUKARELA. Adakah anda rela sekiranya pengabaian HUKUM HIJAB ini terus berlaku ?? Jika tidak, kekalkan hijab anda, dan bantu mereka yang di sekeliling anda untuk menyelami erti kata HIJAB yang sebenar.... 'tepuk dada tanya IMAN'...

Isnin, 6 Jun 2011

seminggu yang lepas...

Dengan nama Allah, rupa-rupanya telah sebulan cuti semesta telah berlalu. Aku terleka sebentar dengan khayalan sendiri dan mungkin terlena terlalu lama dengan buaian indah cerita dongeng sang nafsu. Kelakar juga bila memikirkan aku boleh terbuai dengan khayalan-khayalan itu, bagaikan semua indah-indah belaka namun sebenarnya semua itu adalah tipu dusta yang menyesatkan. Aku khuwatir tidak dapat melepaskan diri daripada khayalan itu lagi, tapi alhamdulillah aku sedar bahawa aku ada misi yang perlu diselesaikan. Bagaimana aku sedar? Hmmmm, aku menghela nafas panjang, aku tidak sangka akan disedarkan oleh beberapa peristiwa yang amat mendukacitakan. 

Seminggu yang lepas, aku menghadapi pelbagai persoalan dan pertanyaan daripada individu, ibubapa, dan diri sendiri yang menuntut seribu jawapan dari hanya satu pertanyaan. Aku khuwatir jawapan yang diberi tidak memuaskan hati pihak yang bertanya dan pihak dalaman diriku sendiri. Ianya bermula disini, seminggu yang lepas aku menghadiri solat jemaah waktu asar di satu surau berhampiran tempat aku berkerja, aku mendapati tiada makmum tapi waktu solat telah masuk, langsung aku menjadi muazin mengumandangkan aluanan azan. Sehabis sahaja azan dialunkan, aku mendapati tiada juga makmum yang hadir aku merasa sedikit janggal dengan situasi itu, kerana kebiasaannya kebanyakkan surau yang aku lewati semestinya ada makmum yang warga tua, tapi di suaru berkenaan, hmmmmm..... Lalu aku menunggu sebentar, dan menunggu dan menunggu dan juga menunggu, aku berputus asa lalu menyempurnakan solat asar tanpa jemaah, aku sedih.



Seketikanya untuk solat maghrib, aku datang semula ke surau itu, alhamdulillah ada jemaah yang hadir walaupun sedikit dan ada muazin yang melaungkan azan, alhamdulillah lega rasanya. Selepas muazin melaungkan azan, iqamat terus dialunkan, tapi yang ketika itu imam tidak hadir, mungkin ada ceramah rasanya menurut sangkaanku, rupanya memang tiada imam disurau itu, hanya melantik imam dikalangan makmum yang hadir sahaja, hmmm... Perasaan sedih menyelubungiku, tapi tidak mengapalah asalkan rukun islam dapat didirikan, sehabisnya iqamat semua jemaah menundukkan muka tidak berkecuali warga tua, semuanya menolak untuk menjadi imam, aduh sedih rasanya melihat keadaan itu, apalah yang m'yukarkan mereka untuk m'jadi imam padahal hampir semua mereka adalah ketua keluarga, tak kan tidak pernah m'jadi imam untuk keluarga mereka??? persoalan- persoalan semakin timbul di benakku.. Melihat semua menolakkannya, lalu aku menawarkan diri sebagai imam untuk solat maghrib waktu itu, bukan sengaja aku tidak menawarkan diri terlebih dahulu tapi menghormati orang yang sudah lama disitu untuk m'jadi imam, tapi tidak mengapalah biarlah aku yang menjadi imam.

Selesai sudah solat maghrib, aku yang menjadi bidan terjun untuk menjadi imam bersalamam dengan jemaah surau. Aku melihat muka-muka ahli jemaah, sedih sungguhnya umat ini tiada kekuatan untuk menyempurnakan agama Allah dibumi Malaysia, ya Allah umat islam di Malaysia amat lemah ya Allah dalam berbakti dalam agama-Mu.

Kisah ini belum habis lagi, tetapi sekarang aku perlu bertugas, dikesempatan lain akan aku sambung perjalanan cerita ini... walahualam...