Isnin, 9 Mei 2011

Kau Marahkan Siapa?



Suatu hari, Syaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

“Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai iu?” tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi; “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya.”

Selasa, 3 Mei 2011

Wanita itu cantik ..

Wanita itu cantik ..

Allah berfirman didalam sebuah hadith
Qudsi : "Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan
untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia namun, harus
cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti
isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya
untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan. Ini adalah
khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau
bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita
harus dilihat dari matanya, kerana
itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."