Perempuan itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya
Tidak kutahu mengapa ku rindu padanya
Dan juga tidak kutahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakanku
Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Malah kali ke-empat dia menolakku..
Membuang dan menolakku bagai bola

Tuhan,adakah aku satu permainan?
Tidak,aku tahu aku punya nyawa
Aku tahu aku punya perasaan
Aku tahu aku punya hati
Aku tahu aku punya harga diri
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan

Hidup ini,tidak perlu mempermainkan
Hidup ini,tidak perlu menyakitkan insan yang kamu mahu jaga
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku
Janji yang aku tetap berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu..




Mengapa?
Aku tidak tahu juga
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu
Aku sayang kamu
Aku amat sayang kamu
Amat menyayangi dirimu
Andai kata aku bukan untukmu...aku tetap mahu menjagamu dengan baik

Kerana aku sayang kamu
Kerana kamu teman yang aku rindu
Kerana hatiku tetap berdegil mahu menjagamu
Kerana kamu amat istimewa bagi diriku

Benar,aku tidak punya apa-apa
Hanya seorang lelaki biasa~
Kerana perempuan itu
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu
Kerana dia sayang perempuan itu
Kerana perempuan itu yang dia rindu
Yang dia rindu sesungguh hati pilunya
Yang datang dalam mimpinya hanya perempuan itu




Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga perempuan itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang lelaki
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya

Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku
Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu 
Aku hanya mahu kau menjadi Tulang Rusukku~
Impianku hanya ingin berjalan bersamamu ke pintu syurga......



by Abu Hanifah