Rabu, 9 Mac 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah

               "Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

                     Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

                'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.' Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya." (Riwayat Ahmad) 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan