Selasa, 10 Julai 2012

5 Bonus Khas Ramadhan


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah

Bonus 2: Para malaikat beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bonus 3: Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan