Rabu, 4 Julai 2012

Tentang Puasa

Definisi
bahasa: Menahan diri
syarak: Menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangka masa tertentu

Dalil
Al-Quran: "Pada bulan Ramadhan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa." (Surah al-Baqarah 2: 185)

Hadis: "Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain)

Jenis Puasa

Puasa Wajib

  • puasa pada bulan Ramadhan
  • puasa kafarah
  • puasa nazar
  • puasa ganti/qada'


Puasa Sunat

  • puasa enam hari pada bulan Syawal
  • puasa pada hari Arafah pada 9 Zulhijah bagi mereka yang tidak menunaikan haji
  • puasa pada hari Asyura pada 10 Muharam
  • puasa pada hari isnin dan khamis
  • puasa pada 13, 14, 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah


Puasa Haram

  • puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  • puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
  • puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijah
  • puasa perempuan haid dan nifas
  • puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikut Mazhab Ahli Sunah wa al-Jamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah wa al-Jamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi yang menunaikan Haji di Arafah
  • puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  • puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya kerana berpuasa
  • puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT


Puasa Makruh

  • puasa pada hari Jumaat secara berasingan. Contohnya: Tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya
  • puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya dia ingin berpuasa sunat
  • puasa terus menerus sepanjang tahun
Syarat Wajib Puasa

  1. Islam
  2. baligh
  3. berakal/waras
  4. mampu/tidak uzur

Syarat Sah Puasa

  1. orang Islam
  2. baligh
  3. berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
  4. suci dari haid dan nifas
  5. dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram berpuasa

Rukun Puasa
Rukun puasa ada dua iaitu:-

  1. berniat pada malam harinya
  2. menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari

Sunat Puasa

  • makan sahur serta melambatkannya
  • menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis ataupun air
  • menjamu orang berbuka puasa
  • memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan



Perkara yang Membatalkan Puasa

  • makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celahan gigi dan lain-lain lagi
  • muntah dengan sengaja
  • bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • keluar darah haid dan nifas
  • gila (hilang akal) sepanjang hari
  • pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari
  • merokok pada siang hari (termasuk mengisap ganja, dadah dan seumpamanya)
  • murtad (keluar daripada Islam)
  • memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau penyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja)
  • berniat untuk berbuka puasa (sebelum sampai waktunya) lalu dia berbuka



Mereka yang Diizinkan Berbuka
terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:-

  • orang yang sakit
  • orang yang berkerja sebagai buruh
  • orang yang dalam musafir (perjalanan)
  • orang tua yang sudah lemah
  • wanita yang hamil dan ibu yang menyusukan anak



Ramadhan
bersedia untuknya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan