Isnin, 7 Januari 2013

Tegurlah dengan kasih sayang


Duhai sahabat,
kata-katamu sungguh tajam,
lagi tajam dari mata pedang,
lagi bisa dari racun yang membunuh,
dan mampu membunuh dalam senyap.


Duhai sahabat,
ikhlaskanlah dalam berkata-berkata,
kerana disitu terletaknya cahaya,
cahaya yang menerangi jalan,
jalan yang lurus hampir dengan tuhannya.



Duhai sahabat,
tegurlah dengan hikmah,
bukan dengan sinis,
bukan dengan emosi
dan bukan dengan prejudis.


Duhai sahabat,
dalam menasihati,
terletaknya adab-adab,
terhimpunnya segala sopan,
dan disitu segala hikmah.


Duhai sahabat,
marilah kita bersama,
dalam menerangi jalan yang gelap itu,
hulurkanlah cahaya,
dengan penuh kasih dan sayang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan