Ahad, 13 Januari 2013

VIOLA TAK BERTALI


Aku seorang penggemar viola
Lantunan muzik berasal dari talinya
Melodi yang berbunyi membuaikan jiwa
Hingga aku terleka
Menghayalkan rasa
Dan melamar dosa

Asalnya viola bertali lima
Lantaran tersedar kubuang talinya
Justeru viola hilang bunyinya
Penggesek juga kehilangan kerja
Menghibur tak berdaya
Dibuang tak mahu kemana



Lalu viola kubuat palu
Dan cuma aku berbuat begitu
Dalam tiap keraian aku menghasilkan lagu
Namaku disebut selalu

Kata mereka aku pemain viola
Meski cara aku memainkannya berbeza
Yang aku main tetap viola
Kerana aku penggemar viola
Maka akukan cari tiap sisi yg buatku berguna
Tanpa menjadikan kekurangan alasan membencinya
Meski orang orang salah sangka
Meski mereka kata aku pemain viola
Meski cuma aku yang tahu aku tak leka dengannya


oleh: Shazlin Mohd Sinat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan