Jumaat, 4 Februari 2011

Menjana minda Positif..(^,^)v

Assalamualaikum dan salam sejahtera...^_^ 

Kali ini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk mengubah persepsi negatif yang bersarang di dalam minda ke persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri Anda supaya sentiasa melihat pada nilai-nilai positif bermula hari ini.

"Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif…erm mcm mana tu?” dari soalan ini, timbul idea untuk menjawapnya, lalu saya kongsikan di sini bersama Anda.

Ada banyak cara, tapi saya akan kongsikan 5 tips yang boleh membantu Anda...=)

1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.
Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji Anda kagum ngan pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.

Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali.

2. Time mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.

Ucapkan syukur time sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang. Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that i have and for all that i’ve received”.

Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkanm, masalah diringankan.

3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda. Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud.

‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik. Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati.

Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan.

Bila dah jadi kebiasaan, Anda akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja. Tak percaya? Cubalah!

4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda.

Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Bila rasa Anda tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari Anda serta yang lebih parah hidupnya dari Anda, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup Anda sekarang lebih baik daripada mereka. Kesannya, Anda akan bermotivasi.

5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan saya percaya, Anda akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu.

Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati Anda, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga. Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk. Ubah mindset dan kemudian Anda boleh ubah hidup Anda.

Semua ini ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik, attitude yang baik.

Ingat, Law of Attraction menyatakan, jika kita selalu berfikir tentang perkara2 kejayaan, kejayaan akan menghampiri kita.

Diharap tips2 yang diberikan dapat membantu Anda menjalani kehidupan dengan lebih berjaya.

Think Positive,Strive Success...Insyallah...=)
Key of success is always think positive...^_^

(nukilan dari seorg sahabat yg rapat dgn sy semasa matrik iaitu Fendi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan