Jumaat, 11 Februari 2011

Semalam, hari ini dan seterusnya.....


Alhamdulillah, syukur masih lagi diberi kesempatan bagi menyiapkan diri untuk bertemu yang Maha Esa. Semalam telah menjadi sejarah, hari ini adalah hari dimana segala terjadi dan hari seterusnya adalah misteri kerana esok belum lagi tercipta. Bagi seseorang yang banyak masalah ingatlah masalah yang anda hadapi pada hari ini adalah untuk hari ini, masalah yang anda hadapi untuk hari semalam telah menjadi sejarah, anda tidak perlu berpaling untuknya serta menangisi hari semalam, ayuh gerakkan langkah anda untuk menyelesaikan masalah anda pada hari ini. Anda tidak perlu berfikir terlalu rumit masalah yang akan anda hadapi untuk hari esok dan seterusnya kerana ianya belum lagi tercipta, janganlah anda masukkan semua bebanan masalah ke dalam hati nanti kelak merana diri. Anggap sahaja masalah yang dihadapi adalah tarbiah untuk melangkah hari yang seterusnya. Berlapang dada, bertenang serta senyum adalah penawar bagi masalah yang sedang kita hadapi. Akhir kata, ketahuilah setiap kesukaran itu disebaliknya ada kemudahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan